Sunday, April 4, 2010

macam ni rupenye...


a short entry...

hmm macam ni rupenye rase pedih bile orang yang kita rase sayang kat kite tapi dah beralih arah....

biarlah...asalkan die bahagie...

sigh~~

Tuesday, March 23, 2010

baby oh baby



" ayooo that baby aaa.....i really feel stress u know"

keluh Dr Tay,kawan kerja Damai masa lunch break semalam....

Damai mengadu dekat dia yang Damai tension pagi semalam sebab kena set IV line untuk satu baby ni....baby tu sangat tembam 3-4 kg....sebelum set line tu,Damai cium2 baby tu sebab sangat cute dan tembam dan comeyl dan sangat menggeramkan...tp bila dah cuba pasang line,rasa macam nak makan je baby tu...geram yang sangat geram....mentang2 dia tembam dia punya menangis,habis semua baby dalam wad tu terjaga...tu ok lagi,yang tak tahan,line Damai tercabut tanpa sebab nk letak plaster sebab baby tu menarik2 tagan dia....uwaaaa tension...dahla susah nak pasang,senang2 je dia nak cabut.....huhu

Tay pun bercerita hal yang sama....dan di akhir perbualan kami,kami cuma mampu ketawa mengenang tahap ketensionan kami....

~~~ segala kekusutan terlerai saat pagi2 datang keje melihat baby2 yang baru lahir...comel sangat :D ~~~

la tahzan..


Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi SAW baginda bersabda:”Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu: 1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah. 2) Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah. 3) Tiada seorangpun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah. 4) Tiada seorangpun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah 5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah

(Bukhari)



hmm lagi sekali sejadahijau ni terbengkalai tanpa sebarang entry...dah berbulan tak letak entry,nasib baik ingat lagi password :P

rasa macam banyak je benda nak tulis tapi bila dah depan laptop,kelu pulak tangan ni (adakah sesuai penggunaan kelu itu? ) apa2 jelah...:)

berada kat jabatan kanak-kanak sekarang betul2 menguji ketahanan diri Damai....macam2 benda happened yang menyebabkan Damai hampir2 berputus asa untuk meneruskan hari esok..sepanjang 24 + tahun hidup di atas muka bumi ni,Damai redah je semua dugaan2 hidup yang datang ( hmm bunyi macam ayat novel sungguh haha ),tapi tak tahu kenapa sejak kebelakangan ini diri terasa makin lemah,makin tak bermaya ( walaupun nama diberi maya :D )..

tapi alhamdulillah...Allah itu memang selalu mendengar dan penuh belas membantu hamba-Nya yang lemah ni....

Damai keluar ke jusco bukit tinggi,klang dengan hajat nak cari makan ( makan memang menghilangkan stress Damai :P )....tengah jalan2,lalu depan Popular....tergerak hati nak masuk sebab nak beli alat tulis...tup tup nampak buku 'La Tahzan' karangan Dr 'Aidh bin Abdullah al-Qarni...buku glemer kan...semua pun tahu kan...Damai pun beli lah satu....walaupun isi2 buku ni damai dah tahu (melalui usrah) tapi lagi baik kalau kita ada satu...bolehlah baca bila ada masa2 lapang....:) selain tu,Damai beli lagi satu buku..tajuk dia 'Bila Allah Menduga Kita' karangan Syed Alwi Alatas....pun bagus untuk mendidik hati ketika kesedihan :)



alhamdulillah,sekarang Damai makin tenang....

alhamdulillah,sekarang Damai makin tabah....dalam semua keadaan...alhamdulillah...:D

kawan2 pun boleh beli dan baca buku2 ni...tak akan pernah rugi,untung hingga ke akhirat nanti insyaAllah :)


Monday, February 8, 2010

shifting.....



alhamdulillah...i passed my assessment...and now i'm shifting from surgical department to paediatrics...thank you for all the prayers :D

notes :

surgical department : jabatan pembedahan

paediatric department : jabatan kanak-kanak

Sunday, January 24, 2010

my very first CPR.......

“ dr maya..”

“ ye…”

“ patient yg masuk sbb UGIB tu gule die rendah…3.7…patient dah sweating..”

“ hmm ok2…sy dtg..”

“ ok..”

Sampai di tepi katil patient...patient dalam keadaan berpeluh....

“ uncle,panas ke uncle?..”

“ ini gula banyak rendah...takda makan dari td...” balas pesakit.

“ xpe,uncle...nnt nurse bg masuk gule ok..”

“ nak bg brape ni dr maya?..”

“ hmm bg D50% 50 cc..”

Nurse pun menyediakan solution yang Damai arahkan.

Sebaik sahaja nurse memasukkan lebih kurang 1ml solution….

“ ayoo…..banyak sakit…aaaa”

And on that very moment…patient collapsed…right in front of me…

Tekanan darah 46/32 mmHg

Kadar nadi 120

Damai terus berlari menelefon MO tentang keadaan pesakit…sahabat yang sama2 on call sudah mula melakukan resuscitation…nurse berlari mendapatkan troli kecemasan..

“ maya…do cardiac massage now....farhana,prepare to intubate…” arah MO.

Seluruh tenaga yang mampu dikeluarkan Damai gunakan untuk memastikan jantung itu berdegup semula...

Sejurus tube dimasukkan,MO mengarahkan Damai untuk ‘bag’ pesakit..( mengepam oksigen masuk terus ke paru2 pesakit )..

Bagging…

Bagging…

And bagging….

12.30 am – 7.00 am….I do nothing except bagging the patient…

Waktu Damai meninggalkan wad pagi itu,keadaan pesakit agak stabil..tekanan darah mula naik dan pesakit sudah mula bernafas sendiri…

Namun…

Jam 12 thgr Damai terima call dari seorang sahabat mengatakan pesakit sudah pun meninggal dunia…

Sedih…

Fobia..

Sebab kematian : hypovolumic shock secondary to UGIB

Itu adalah malam bersejarah..

Itu adalah CPR Damai yang pertama sepanjang 3 bulan Damai berkhidmat di hospital klang ni…

Sehingga hari ini,lenguh2 masih terasa di lengan kerana CPR itu…

Baru terasa pentingnya ada doktor yang on call...

Semoga terus diberi kekuatan untuk menempuh kejadian2 yg akan datang…ameen,insyaAllah..

Kepada sahabat2 seangkatan yang berada di medical school,berhati2lah dengan pesakit2 yang masuk kerana pendarahan dalaman…

Kerana pada minit pertama pesakit mungkin boleh bergelak ketawa dengan kita…tetapi,minit seterusnya,mereka boleh muntah darah direct ke muka kita…atau boleh juga berlaku pendarahan berterusan dari dubur…dan waktu itu semua berlaku,peluang untuk pesakit terus hidup tersangatlah rendah…

Sekadar berkongsi pengalaman…

~ tamat ~

Nota kaki..

UGIB : upper gastrointestinal bleeding (pendarahan daripada salur pencernaan – esophagus,perut dan usus kecil)

CPR : cardio-pulmonary resuscitation