Saturday, January 28, 2012

saya sayang kerja saya

Salam buat yang sedang membaca....moga 5 minit yang digunakan untuk menelaah penulisan Damai ini dapat memberi sedikit ilmu pada kamu...:)

Di penghujung 'housemanship',ramai yang bertanya pada Damai....

" nak jadi doktor apa? "

" bius insyaAllah..."

" best ke?"

" entah...."

Terlalu umum soalan itu..Damai sendiri tak tahu sejauh mana 'best'nya jadi doktor bius....Namun apa yang pasti,hati ini macam menarik2 kaki untuk melangkah ke bidang itu.....

Secara umum tugas seorang doktor bius adalah menjaga pesakit yang dimasukkan di unit rawatan rapi ( ICU ), pesakit yang berada di dalam bilik bedah dan pesakit di wad biasa yang memerlukan bantuan mesin pernafasan....

Nampak mudah,nampak tak mencabar bukan?....tapi hakikatnya,hanya yang menghadapi mampu merasakan....

ICU....pesakit yang masuk semuanya dalam keadaan kritikal....tak stabil....menjadi tugas kami dan 'main team' untuk memastikan bahawa pesakit dapat keluar dari unit ini dalam keadaan sihat,sama ada separuh sihat atau sepenuhnya....setiap sistem badan akan dipastikan berada dalam keadaan baik dan stabil....sekecil-kecil masalah akan dipantau dan dirawat....

Kami akan berasa lega sekiranya pesakit dapat sekurang-kurangnya 'improve' dari sudut Glascow Coma Scale ( GCS )....kebanyakkan pesakit yang masuk dengan GCS 3 akan kami bantu untuk bangun dari keadaan koma itu....


Lain pulak ceritanya di dalam bilik bedah....Tugas kami adalah untuk memastikan pesakit tidak merasa walau sediktpun rasa sakit dibedah....Sama ada bius separuh atau penuh,pesakit tidak sepatutnya merasakan sakitnya kulit itu dibelah....

Ramai yang merasakan tugas ini senang,mudah.....

" ala bagi jelah ubat tahan sakit tu...bukannya susah sangat..."

Ya,memang betul...tetapi tahukah mereka ubat-ubat yang berada di genggaman doktor-doktor bius ini mampu mengambil terus nyawa pesakit-pesakit itu?....Kesemua ubat-ubat yang digunakan memberi impak pada jantung,salur pernafasan,otak,tulang belakang.....Pesakit tua yang menghidap penyakit kencing manis,darah tinggi,lebih-lebih lagi jantung lemah,stroke...semuanya berisiko tinggi untuk diberikan bius...silap-silap,boleh terhenti degupan jantung yang lemah itu apabila terkena sentuhan ubat bius yang diberi...


Memang ada sesetengah sahabat kedoktoran yang berada di bidang lain seakan-akan tidak memahami tugas kami,sehingga kadang-kadang mendatangkan pertengkaran.....Bagi kami,nyawa pesakit perlu diutamakan....sejauh mana kepentingan pembedahan dibanding dengan risiko pembiusan perlu diambil kira....

Sebagai contoh....baru-baru ini Damai ditugaskan berada di bahagian pembedahan tulang...pembedahan pertama akan dijalankan pada seorang kanak-kanak berumur 8 tahun....Bila Damai 'check' kanak-kanak itu ternyata dia sedang demam beserta batuk dan sakit tekak....Ini meletakkan pesakit ini di zon bahaya jika pembedahan diteruskan kerana salur pernafasan kanak-kanak sangat sensitif dan boleh menjadi sempit secara tiba-tiba sahaja....ditambah dengan masalah kesihatan itu,risiko salur pernafasan sempit itu akan automatik jadi berganda....bila sempit,susah untuk oksigen masuk ke dalam badan,dan akibatnya pesakit boleh mendapat kecacatan otak.....maka,atas bantuan pakar,pembedahan itu terpaksa dibatalkan dan ditunda sehingga kanak-kanak itu benar-benar sihat.....


Damai bersyukur dapat ditempatkan di bahagian ini...Alhamdulillah,perjalanannya amat mudah...sampai-sampai sahaja di Hospital Teluk Intan,terus permohonan untuk menjadi doktor bius diterima oleh Tuan Pengarah Hospital....( dengar cerita sebelum itu,ada yang memohon tetapi kebanyakkannya gagal )....Mungkin tempat telah disediakan untuk Damai berkhidmat di bahagian ini....:)

~ Berazam untuk mengambil 'master' dalam masa setahun dua lagi...teman-teman pun menggalakkan....kata mereka,kalau sudah berkahwin,berat sikit nak ambil 'master'...jadi,baik ambil sekarang sementara masih 'single'.....huhu insyaAllah ~

Monday, January 16, 2012

yang tidak berbau itu malang..



Benar kata orang malang itu tidak berbau....kalau berbau pasti makan gaji buta lah doktor2 di hospital :)

Tetapi,sebagai manusia,Allah kurniakan :

- mata : untuk melihat ke sekeliling kita...
- telinga : untuk mendengar nasihat dan peringatan...

Dan yang paling penting,kita dianugerahkan akal untuk berfikir...dengan akal manusia dapat membezakan baik dan buruk....dapat mendekatkan diri dengan Pencipta...dan menjauhkan kita dari disamakan dengan haiwan....

Pernah terserempak dengan segerombolan lembu yang tiba2 melintas di tengah2 jalan?... kasihan lembu2 itu,tidak mampu berfikir padahnya melintas tanpa menoleh kiri kanan,tanpa tengok lampu isyarat....lebih kasihan lagi apabila kita sebagai manusia tidak mampu menggunakan akal dalam kehidupan seharian...sudah diajar dalam kelas memandu,yang merah itu berhenti,kuning itu bersedia dan hijau itu jalan....kenapa masih ada yang ingkar?...hmm mungkin dia menganggap dirinya cukup kebal untuk menghadapi apa2 musibah yang bakal berlaku....tak sayang nyawa namanya...

Namun apa yang terjadi yang sebenarnya semasa kejadian di atas berlaku hanya yang terlibat mengetahui....semoga jadi iktibar untuk kita...insyaAllah...

p/s : pernah berhadapan dengan pesakit yang jatuh bangunan,muka memang dah hancur dengan mata tersembol keluar...tetapi masih boleh berkata2 dengan Damai....ngeri memang ngeri,semoga dijauhkan dari musibah sedemikian...

~ thanks to cikgu Mohd Khalid Md Yusof for the idea ~

Kejadian anak cina ini yang paling tidak boleh Damai bayangkan betapa manusia langsung tidak menggunakan akal yang Allah bagi secara percuma....sedih :(

Saturday, January 14, 2012

Allah tarik satu....

Bila dia putuskan untuk pergi,siapalah aku untuk menghalang...Telah menjadi takdir bahawa antara kami memang tiada rezeki untuk bersatu...Aku redha dan berusaha mencari kekuatan untuk bangkit semula...

Hati pedih?...Seharusnya hati ini merasakan sakitnya...tiada ubat yang boleh ditelan untuk menyembuhkan luka ini...malahan kalau dimasukkan ke hospital juga aku pasti tiada intravenous drug yang mampu meredakan pendarahan hatiku..

Tetapi aku tau,ada satu jalan yang boleh menyelamatkan aku dari rasa derita ini...REDHA...itulah jawapan untuk setiap persoalan hati ini...jika aku memilih untuk redha,segala yang pahit pasti terasa manis...

Allahu Rabbi...aku telah leka kerana dia...aku hampir2 berputus asa dengan rahmat-Mu semata2 kerana dia yang fana....sungguh tidak adil aku sebagai hamba-Mu...ku mohon keampunan dari-Mu,Tuhan Pengampun segala....

Kini aku lebih tenang...telah boleh tersenyum sendiri mengenangkan betapa lemahnya aku sebagai manusia...Aku mengharapkan kekuatan dari-Mu Ya Allah....kerana hanya dengan kekuatan itu aku lebih cekal menghadapi hari2 yang di hadapanku...insyaAllah....

Semoga dia lebih bahagia bila aku tidak lagi di sisinya....ameen :)

Wednesday, January 11, 2012

nur kasih....


Lewat ini kurasakan
Kasih kian kudambakan
Resah hati yang kupendam
Pada taqdir dan harapan....

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Kumencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan.....

Nur kasih
Nur kasih...

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Melayarkan perjalanan
Dalam maya kesamaran.....

Nur kasih
Nur kasih....

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi....

Tuesday, January 10, 2012

kahwin paksa~




Tamat membaca M.A.I.D terasa seperti di awang2an :) Cukup ditegur banyak kali oleh adik2 sepupu yang perasan kakak saudaranya ini asyik tersenyum sendirian ketika menelaah novel oldskool itu.....

Baru nak menjejakkan kaki ke tanah nyata setelah terbang ke langit,tiba2 disarankan menonton series di TV3 - Vanila Coklat....Oh,kisah kahwin paksa,sama seperti M.A.I.D dan series Adamaya dulu....sekali lagi hati berbunga2 ceria dan bibir tak lekang dengan senyuman saat duduk tak berganjak di depan kaca tv setiap selasa malam jam 9....

Sejak dari dulu memang suka ceritera2 yang berkaitan dengan kahwin paksa....dan cinta berputik setelah dipaksa hidup bersama :)

~ mungkin kah cara bertemu jodohku nanti seperti manisnya perjalanan M.A.I.D dan serupa indahnya masjid yang dibina dalam Adamaya.....mudah2an,teruskan berdoa...insyaAllah..ameen :D

P/S : 'Suami yang Kubenci' pun best :P

Monday, April 25, 2011

tak terkate2....

sejarah mungkin berulang.............................................

Saturday, February 5, 2011

1.2.2011 hari bermakna :)

Alhamdulillah,akhirnya cita2 Damai nak menderma darah tercapai. Setelah di'reject' sebab tak memenuhi kriteria penderma darah dulu,kini buku merah yang kecil itu sudah Damai miliki :)

Terima kasih buat Dr Foo Chew Ying yang memberi semangat untuk Damai pergi menderma darah. Mula2 tak nak pergi derma bukan sebab apa,takut di'reject' lagi dan takut tak mampu untuk on call malam tu nanti,tapi mengenangkan Foo yang post-call itu pun tabah melangkah untuk menderma,Damai ikutkan aje.

Bangga jugak duduk di barisan mereka2 yang datang untuk menderma darah.Saat diberikan analgesics tu,sakit jugak huhu tapi bila tengok jarum yang digunakan untuk menyedut darah tu rasa nak dapat banyak lagi analgesics tu :)


Tak sampai 15 minit,350ml darah Damai sudah pun diambil. Sedikit sample di ambil bagi tujuan pemeriksaan untuk viral status. Yang selebihnya Insya-Allah boleh digunakan untuk mereka yang memerlukan nanti. Kumpulan darah Damai adalah jenis O positif,jenis darah yang amat diperlukan kerana ianya adalah darah universal ( boleh di'transfused' kepada semua yang memerlukan meskipun mereka bukan dari kumpulan darah O ).



4 bulan lagi baru boleh menderma semula. Jangkamasa ini diperlukan oleh badan Damai untuk membina semula sel-sel darah merah yang baru untuk menggantikan darah yang diderma tadi.

Jom kamu2 yang membaca entry ini,datanglah ke mana-mana hospital untuk menderma sedikit darah kamu ( 350 ml je,tak luak pun darah kamu yang lebih dari 5 liter itu ). Kalau tak sempat untuk derma masa hari bekerja,setiap minggu ada 'mobile blood bank' yang bergerak ke tempat-tempat yang ditetapkan untuk kemudahan anda menderma. Semoga kebaikan kamu membantu pesakit-pesakit yang memerlukan. Insya-Allah :)



Antara syarat-syarat yang melayakkan kamu untuk menderma :
1. berat badan >45kg
2. Hb >12.4 g/dl
3. mempunyai tidur >5 jam yang berterusan ( bukan interrupted sleep ) malam sebelumnya
4. tekanan darah yang normal.
5. tidak mempunyai apa-apa masalah perubatan seperti kencing manis,darah tinggi,sakit jantung dan lain-lain yang serius.
6. tidak berada di dalam keadaan haid.
7. tidak mengalami penyakit seperti Hepatitis B,HIV atau apa-apa jangkitan darah yang merbahaya.

Hmm jadi apa lagi,jom kita pergi derma darah ok. Bersihkan hati,sucikan niat dan melangkahlah dengan harapan kebaikan kamu diterima Allah. Insya-Allah :)

Nota kaki :
on call - bekerja atas panggilan ( bekerja terus selama 36 jam di hospital )
postcall - doktor2 yang baru melakukan on call pada malam sebelumnya
transfuse - memasukkan darah penderma ke dalam badan penerima bagi tujuan menyelamatkan penerima dari kekurangan darah

hobi baru??


rase macam nak tengok teater....

dah register di laman web istana budaya....

'TERIMA KASIH CINTA' macam menarik....

tengok bajet dulu la baru tempah tiket :)

Friday, January 28, 2011

I have never.........


I have never hate someone so much like I hate you....
I'll make sure for the entire of my life I would never,never and never meet you...
I really pray hard for it...
Sorry but I hate you...
~end~

Friday, January 21, 2011

Alhamdulillah...

I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope
O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Sunday, January 16, 2011

idola ku

Sepanjang bekerja kat Hospital Klang ni,Damai dah jumpa banyak MO dan Specialist2 bagi setiap jabatan.....kali ni nak tulis tentang MO yang berjaya melekatkan nama mereka dalam hati Damai :)

Jabatan Surgery

DR GOH
-pengalaman paling best dgn die adalah bile jd assistant die buat appendicectomy...mase terpantas 9 minit tau...from incision of skin till closure....hebat tak hebat lah kan...mase eaasist tu rase mcm xcaye je...anaest sume hepi bile keje dgn die sbb die cepat dan bersih....surgery die sume less bloody...
-die jugak sgt ramah...prnh sekali duduk dgn die kat klinik,die boleh cerite pengalaman die dari mule2 dipakse masuk medical school,cerite ttg famili die,cite2 die,byklah lagi...
-skg die dah takde kat hospital klang sbb tgh smbg master...klu tak silap,skg die keje kat HUSM kelantan...all the best for him....:)

Jabatan Pediatric

DR SUMITHA
-MO yg cntk dan baik hati....yg xboleh lupe pasal die adelah mase on call same2 dgn die kat wad ICU neonates ( ICU utk baby2 yg baru lahir )...die mmg terkenal dgn ke'jona'annye ( jona = org yg mengundang byk penyakit dtg hospital )...so,mlm tu on call dgn die xdapat tido lgsg...dan paling xboleh nak lupe adalah xsempat nak mkn pun...Damai ingt lagi kebetulan hr tu Damai cume mkn sarapan je....then,sepanjang hr xmakan sampailah lunch keesokan harinye baru dpt menjamah mknn....on call plg mencabar laa pendek kate...huhu

Jabatan Medical

DR ANG CC
-specialist mude yg kacak...sgt low profile dan sgt menjage pesakit2...wlupun dah jadi specialist,dia xmalu untuk dtg keje dgn naik motosikal je...kdg2 dtg round bile weekend pn pakai T-shirt lame...xprnh lagi dgr org complaint pasal die :) smpi skg klu terserempak dgn die,msti die snym dan tny khabar....( amatlah jarang untuk seorang yg dah jadi pakar nk bertegur sape dgn houseman,lagi2 yg lain bangse )....Dr Ang mmg best dan sempoi :)

Jabatan OnG

DR VIGNES
-xrapat pn dgn die..
-xkenal sgt pn dgn die..
-jarang borak pn dgn die...
-tapi,ape yg best ttg die,sepanjang mggu ni Damai bekerje dgn die kat dewan bedah untuk Caesarian section....mase terpantas die buat Caesar 14 min...die xcerewet dan surgery die pun clean....best bile assist die buat caesar dan Damai jadi kekok bile assist MO lain buat caesar :)


semoga Damai dapat jadi doktor yg bagus seperti mereka...dah xlame lagi nak naik MO...semoga Allah membantu setiap anggota badan Damai ni dalam merawat pesakit2 yg memerlukan bantuan.....insyaAllah ameen :)

Tuesday, January 4, 2011

bisikan ketenangan

<>

Ramai yang runsing tentang jodoh mereka...termasuklah insan yang sedang menaip entry ni :)

Bila hajat tak direstui,syaitan2 pun mula berbisik....berusaha untuk menarik manusia ikut jejak langkahnya....berbahagialah orang yang kuat pasak kakinya dan terus melangkah menuju redha Allah...

" saya akan kahwin lagi 3 tahun insyaAllah "

Seorang senior doktor bercerita pada Damai tentang perancangannya....

" saya nak habiskan master dulu baru kahwin "

Sekali lagi dia bersuara....tenang sekali wajahnya...

Sejak itu,Damai terfikir...kenapa aku begitu sensitif bila bercerita tentang kahwin...hidup ini bukan semata2 untuk itu sahaja...masih banyak lagi tanggungjawab dan amanah terletak di bahu ini selain daripada perkara kahwin itu....

Mungkinkah dialog sewaktu menikmati sarapan pagi itu adalah pujukan dari Allah atas kesedihan yang melanda hati ini....jawapannya terletak pada diri Damai sendiri....

Terima kasih Allah....hamba-Mu kini kembali tenang hatinya....



Saturday, January 1, 2011

monolog di tahun baru...

~ masa untuk muhasabah....setelah sekian waktu lalai dengan dunia ~

sebagai anak.....aku telah melukai hati ibu aku yang tercinta atas satu kehendakku yang tidak diperkenankannya....aku jadi marah dan sedih sehingga aku terlupa jasa dan pengorbanannya terhadap aku....aku jadi lupa bahawa syurgaku terletak pada redhanya ibu padaku....namun,kerana dia seorang ibu,mudah sahaja dia memaafkanku dan melayanku dengan baik seolah2 tiada apa2 yang berlaku antara kami.....

sebagai kakak.....aku tidak memikirkan apa yang terbaik untuk adik aku yang seorang ni....aku masih gagal menjaga haknya sebagai seorang adik....aku tidak mampu membantu untuk masa depannya....sedangkan aku tahu,dia kini sepenuhnya bawah tanggungjawabku....

sebagai cucu....sudah lama aku tidak melawat insan tua yang kesunyian itu....paling terakhir aku medapat tahu nenekku itu terjatuh di bilik air dan memerlukan untuk dijahit dahinya...semoga nenekku semakin sembuh dan sihat sejahtera...akan aku pulang melawatnya jika ada kelapangan waktu...insyaAllah....

sebagai kawan....aku gagal memuliakan teman2ku sebagaimana yang seharusnya...aku terlalu taksub dengan pekerjaanku sehingga aku tidak endah akan khabar mereka...bila kali terakhir aku berjumpa mereka juga sudah tidak mampu aku ingat tarikhnya....nasib baik aku ada 'personal assistant' yang sedia meng'update' status kawan2 kepada aku...

sebagai teman....akulah insan yang paling banyak menyakiti hatinya sedangkan sepatutnya akulah tempat dia mengadu dan berkongsi kesedihan....semakin dia cuba menyatakan kasihnya,semakin aku ingin pergi jauh darinya...jika ditanya kenapa,aku sendiri tiada jawapannya...maafku aku teman...

sebagai manusia....sudah lama aku tidak mendengar peringatan2 yang bisa melembutkan hati yang kian keras ini...kata2 yang boleh meredakan setiap keresahan yang aku alami....tersalahkah aku memilih untuk menjadi seorang doktor?....waktu kerja yang tidak tentu menyebabkan aku terlepas untuk mencari makanan untuk diriku....

sebagai hamba....hinalah aku pada pandangan-Nya....hanya aku dan Dia tahu betapa kotornya diriku ini....ampunkan aku Ya Allah....

~~ aku yang masih mencari-cari erti hidup ~~

Wednesday, November 17, 2010

salam eiduladha 1431H

Wah,Damai sudah bekerja selama 1 tahun...alhamdulillah...sekarang,dah posting ke-4,berada di alam pertarungan ibu2 mengandung :) doakan Damai ok...ada masa,Damai coret2 lagi....rindu semua....:D

Saturday, July 10, 2010

huhuhu


Kesibukan berada pada tahap yang maksimum....

Tak dapat update sejadahijau~~ sedih :(

Sunday, April 18, 2010

hanya pada-Mu

Hanya PadaMu

Album : Kias Cinta
Munsyid : Suhaimi
http://liriknasyid.com


Allahu Allah ampunilah kami
Pimpinlah kami ke jalan yang Engkau redhai
Hamba yang lemah dengan dunia
Kurniakanlah taufiq hidayah menghadapinya

Hanya pada-Mu kami serahkan
Tiap sesuatu Tuhan kuasa menentukan
Dengan ucapan Alhamdulillah
Kami bersyukur kerana beriman
Kehidupan ini penuh ujian
Nikmat dunia yang mengasyikkan melalaikan
Selamatkanlah agama kami
Peliharalah amalan kami iman kami
Dari duniawi
Allahu Allah

~~ lirik yang indah...alunan muzik yang lembut...sangat sesuai untuk diri yang ingin mencari ketenangan sejati ~~

Friday, April 16, 2010

a simple message.........

"mak ayah dan semua family suka pada maya....mereka suruh jaga hubungan ini elok2"

~~ no comment ~~ :P

setinggi2 pujian hanya untuk-MU Ya Rabbi...dan setinggi2 harapan jua diserahkan pada-MU agar kedua2 hati ini dapat bersatu di bawah izin dan rahmat-MU....ameen :D

Thursday, April 15, 2010

kenangan terindah....

akibat dari ke'tensen'an kerja di wad kanak-kanak,Damai dengan tekadnya mengambil cuti untuk membawa diri bercuti :) ..mula2 plan nak pergi langkawi dengan mama dan family,tapi bila tengok bajet yang tak seberapa ( sebab ini cuti2 Malaysia yang tak dirancang,tak sempat kumpul duit ),Damai pilih Terengganu sebagai destinasi menenangkan fikiran.

tempah Airasia untuk 3 orang ( Damai dan dua orang lagi sepupu - Along n Pikah )..mama dengan ejai (adik Damai) tak jadi nak ikut....tak kisahlah...lain kali lah baru pergi jalan2 dengan diorg...

plan nak keluar dari hospital klang ke LCCT pukul 4 untuk mengelakkan 'traffic jam'....Klang biasa lah kan dengan 'jam' nye,lagi2 hari jumaat...tapi,ternyata kita manusia hanya mampu merancang....tiba2 specialist bgtau ada 'teaching' untuk houseman pukul 3.30....aduh,memang tak bolehlah nak keluar pukul 4...habis teaching pukul 5 Damai terus berlari balik hostel ambil beg,ejai dah banyak kali call hehe ( sebab tension dia dah sampai klang pukul 4...kene tunggu 1 jam :P )

pukul 5.30,myvi hitam WTS 1043 itu masih lagi berada dalam kawasan hospital klang....dalam hospital pun dah 'jam' , kat luar apetah lagi huhuhu

nasib baik ejai dikurniakan bakat memandu yang agak boleh dibanggakan....kami berjaya sampai di LCCT pada pukul 6.30....

lari 100 meter berbaju kurung....

Damai jadi orang pertama yang 'check in' di kaunter kuala terengganu ( agak bangga :) )...

lepas 'check in',pergi makan dan solat maghrib...pukul 7.30 Damai dengan along dan pikah pun dengan gembiranya bergerak untuk naik 'flight'...tiba2..

" eh,kenapa ramai ni?yang ada 'boarding pass' je boleh lalu sini..."

"nah,ni 'boarding pass'..."

"yelah,tp ni untuk seorang je...bukan 3"

ah,sudah...janganlah buat lawak di saat2 begini...

"tp,memang orang kaunter tu bagi saye 1 je"..

"takpe,pergi balik kaunter untuk 2 lagi pass"

"ok2.."

larian pertama bermule....

sampai kat kaunter terengganu,kaunter dah tutup....( dalam hati dah resah...) cuba tanye pada kaunter Sabah ( sabah ke..entahlah tak ingat dah)...dapat 'second' pass...pass untuk Along sebab Along bawa 'IC' die dalam poket...pikah punye surat beranak di mane?...

jeng jeng jeng....dengan bangganye pikah bersuara..

"kak maya,Tah ( nama manje ) punye surat beranak dalam beg tadi tu.."

apakah beg yang dimaksudkan?...ye,tepat sekali surat beranak itu berada selamat dalam 'luggage' kami...

uwaaaa.....rase nak nangis...jam dah pukul 7.40...flight pukul 8.05...

"kami tak boleh nak issue pass....melainkan cik buat 'police report'..."

"balai polis jauh ke?"

"tak lah,kat luar terminal je...sebelah kiri..."

larian pecut kedua oleh 3 gadis di LCCT malam 9 april...

7.50 - 'police report' telah berada di tangan Damai bila kedengaran....

"perhatian kepada cik Nurul Maya dan Nur Nadia Farina....panggilan terakhir untuk 'flight' ke Terengganu"....( lebih kurang macam tu lah)...

larian ketiga diteruskan...

"maaf cik,kaunter kami dah tutup...no more pass can be issued at this time....luggage cik pun dah dikeluarkan"

( rasa nak pengsan dengar....) tapi,tahap adrenaline dalam badan sangat tinggi dan Damai pilih untuk 'fight' bukan 'flight'...( prinsip adrenaline...fight or flight )..

"tolonglah kak,kami bukan sengaja...baru siap 'police report' ni...etc etc etc..." Damai explain dengan penuh harapan...

"kenape ni?" seorang lelaki yang tertarik dengan rayuan Damai bertanye...

"ni..baru siap 'police report'...mane boleh 'issue' pass dah sekarang...dan nak 'off load' dah..."

"cuba 'call' 'pilot'...'explain' cakap ada nak tambah 1 lagi..."

"hello,u handle terengganu flight kan...boleh tak i nak tambah 1 lagi passenger?...baru siap 'police report' laa...boleh k...hmm ok2...thanks"

alhamdulillah...terima kasih Ya Allah...

larian pecut terakhir untuk malam itu....masuk je dalam 'flight' semua pandang...'glemer' laa pulak kan...ape2 jelah,janji dapat sampai ke na na na na ganu kite :D

sampai Terengganu,ade lah orang dah tunggu kan ( ~smile~ :D )....lepas kenal2 dan salam2 dengan kakak2 die :) ( kak hasni dan kak chah )...kami pun dihantar ke salah satu 'chalet' di area Marang....lepas makan bihun tom yam,sotong celup tepung dan ikan bakar...kami pun tidur kepenatan :)

esoknye...pagi2 lagi kak hasni dan kak chah dah hantar sarapan....nasi dagang...sedap :)

lepas makan,siap2...pukul 9.30 tourist guide:) datang jemput nak bawak jalan2...pergi Muzium Terengganu (largest museum in Malaysia...hehe baru tau :P )...pergi Taman Tamadun Islam...masjid kristal....

penat berjalan...makan aiskrim beramai2...lepas tu makan nasi ayam beramai2...

sampai chalet dalam pukul 2...tourist guide:) balik nak solat...kami bertiga terus ke laut....( belakang chalet je...) mule2 ingat nak main2 air je,tapi budak2 dua orang tu mandi terus....Damai 'maintain' lagi....( maintain2 pun basah jugak lah kain baju kurung ni :P )..

pukul ~3.30 - 4.00,naik ke bilik...lepas bilas2 baju...sidai...tiga2 anak dara ini syahid sampai datang satu mesej...

"pukul 5.30 haziq dan daniel datang sane...nak main tepi pantai"

"ok..."

pukul 6.00...die:) datang dengan kak hasni bersame2 dua orang anak buah mereka Haziq yang comel dan Daniel yang hensem....

Damai dah 'ready' nak terjun ke laut bila tiba2 niat itu terhenti saat kak hasni berkata...

"along,pikah...akak nak pinjam kak maya sekejap ye...boleh kan...mandi laut elok2 ok...akak nak borak2 dengan kak maya kejap"

( aaaaa nak mandi nak mandi...jeritan batinku...) tapi,luarannye...senyum je laa :)

naik kereta....keluar dari kawasan 'chalet'...

"kite gi kampung ye..."

Damai senyum je....sebab tak faham lagi maksud kak hasni...

"kite jumpa mak dengan ayah ye..."

( aaaaaa kenapa sekarang....dengan pakai T-shirt dan seluar je...kak hasni,katekanlah ini lawak semate2...)

"die:) segan nak bawa maya datang....jadi,akak bawa dululah..." kak hasni terus berkate2...

dalam hati ~~ pasrah ~~

sampai umah die:)....disambut mesra oleh mak dan seorang lagi kakak die:)...kami hanye duduk di dapur,borak2 sambil melihat ayah die:) mengubat orang sakit...tak putus2 dari pagi tadi orang datang berubat...ayah die:) memang jadi tempat kunjungan untuk mendapatkan rawatan tradisional...semuanya menggunakan herba2,akar2 kayu...dan yang paling penting,ayat2 Al-Quran...kerana semua penyakit datangnya dari Allah :)

ayah die :) hanye tersenyum melihat Damai...tiada kate2...( Damai pun tak nak disoalsiasat...tak 'ready'...:) )

pukul 7.00,balik ke chalet...( 'jeles' je tengok along dan pikah mandi...:( ) ~ takpe,esok masih ade..~

malam tu,Damai,along,pikah,haziq,daniel dgn die:) makan sate...sedap...dah kenyang perut,balik chalet...along dengan pikah tengok 'Adnan Sempit' gune laptop die:)....Damai???.....dah di alam lena awal2 :P

pagi ahad...lepas je solat subuh...Damai dah bersiap2 untuk membalas dendam...agak2 dah boleh nampak tanah untuk berjalan,Damai,along dan pikah terus merendamkan diri dalam air laut yang nyaman....hepiiiiiiiiiii....mandi,mandi dan mandi....sampai tak perasan die:) hantar nasi untuk sarapan....sarapan di tepi laut...bahagia....habis makan,sambung mandi sampai pukul 8.45 :P

aktiviti pagi ahad tu hanyalah menghabiskan duit...beli baju,cenderahati dan makanan untuk dibawa pulang ke selangor...dah penat membeli,terasa lapar pulak...( beselah tu kan...) kami berhenti di tepi pantai batu buruk...makan dan minum di situ...sekali lagi,keindahan air laut itu telah menggoda Damai,along dan pikah untuk meletakkan kaki ni...tapi baru 15 minit main air,die:) dah panggil suruh naik....

"jangan main air tengahari2 macam ni,boleh demam.."

kami bertiga akur...yelah,memang betul pun,semua orang yang datang cume duduk2 je tepi pantai tu,kami je yang turun ke laut...( nampak sangat bukan orang terengganu kan :P )...

dalam pukul 3.00 kami dijemput makan di rumah die:)

orang kate rezeki jangan ditolak kan....hehe kami pun makan dan jalan2 di sekitar rumah die:)...sebelum balik,mak die:) bagi buah tangan untuk dibawa pulang....hepiii :D

lepas makan,Damai,along,pikah,haziq,daniel dan die:) berjalan2 di tepi pantai setelah meni'mati sotong celup tepung,keropok lekor dan air kelapa...rasa tenang sangat mase ni...bahagie pun ade...

"dapat pahala kalau kite tengok laut"...teringat pesanan kak hasni pada Damai semalam...

Subhanallah...memang indah ciptaan Allah...

Alhamdulillah...atas ni'mat kegembiraan ini...

Damai dan die:) hanya duduk memerhatikan 4 yang lain mandi laut...die:) berade lebih hampir dengan mereka memandangkan haziq masih kecil ( 6 tahun ),sedangkan Damai berada lebih jauh di belakang die:) kerana takut tergoda untuk mandi laut lagi hehe

ape2 pun,kami berenam sangat bahagia pada petang itu biarpun asbab kebahagiaan itu berbeza antara setiap dari kami....terima kasih Ya Allah...

malam itu,kami pulang menaiki bas...dihantar oleh die:),kak hasni dan kak chah....rase sedih nak tinggalkan terengganu...huhu

jam 5.01 pagi,kami bertiga selamat sampai di terminal bas kajang...alhamdulillah,syukur atas perjalanan yang selamat...

~ terengganu dalam ingatan ~

sekian~~

nota kaki : jomlah datang terengganu...best!!!! :D

~~ takde gambar...macam malas nak upload :P ~~

Sunday, April 4, 2010

macam ni rupenye...


a short entry...

hmm macam ni rupenye rase pedih bile orang yang kita rase sayang kat kite tapi dah beralih arah....

biarlah...asalkan die bahagie...

sigh~~