Saturday, January 28, 2012

saya sayang kerja saya

Salam buat yang sedang membaca....moga 5 minit yang digunakan untuk menelaah penulisan Damai ini dapat memberi sedikit ilmu pada kamu...:)

Di penghujung 'housemanship',ramai yang bertanya pada Damai....

" nak jadi doktor apa? "

" bius insyaAllah..."

" best ke?"

" entah...."

Terlalu umum soalan itu..Damai sendiri tak tahu sejauh mana 'best'nya jadi doktor bius....Namun apa yang pasti,hati ini macam menarik2 kaki untuk melangkah ke bidang itu.....

Secara umum tugas seorang doktor bius adalah menjaga pesakit yang dimasukkan di unit rawatan rapi ( ICU ), pesakit yang berada di dalam bilik bedah dan pesakit di wad biasa yang memerlukan bantuan mesin pernafasan....

Nampak mudah,nampak tak mencabar bukan?....tapi hakikatnya,hanya yang menghadapi mampu merasakan....

ICU....pesakit yang masuk semuanya dalam keadaan kritikal....tak stabil....menjadi tugas kami dan 'main team' untuk memastikan bahawa pesakit dapat keluar dari unit ini dalam keadaan sihat,sama ada separuh sihat atau sepenuhnya....setiap sistem badan akan dipastikan berada dalam keadaan baik dan stabil....sekecil-kecil masalah akan dipantau dan dirawat....

Kami akan berasa lega sekiranya pesakit dapat sekurang-kurangnya 'improve' dari sudut Glascow Coma Scale ( GCS )....kebanyakkan pesakit yang masuk dengan GCS 3 akan kami bantu untuk bangun dari keadaan koma itu....


Lain pulak ceritanya di dalam bilik bedah....Tugas kami adalah untuk memastikan pesakit tidak merasa walau sediktpun rasa sakit dibedah....Sama ada bius separuh atau penuh,pesakit tidak sepatutnya merasakan sakitnya kulit itu dibelah....

Ramai yang merasakan tugas ini senang,mudah.....

" ala bagi jelah ubat tahan sakit tu...bukannya susah sangat..."

Ya,memang betul...tetapi tahukah mereka ubat-ubat yang berada di genggaman doktor-doktor bius ini mampu mengambil terus nyawa pesakit-pesakit itu?....Kesemua ubat-ubat yang digunakan memberi impak pada jantung,salur pernafasan,otak,tulang belakang.....Pesakit tua yang menghidap penyakit kencing manis,darah tinggi,lebih-lebih lagi jantung lemah,stroke...semuanya berisiko tinggi untuk diberikan bius...silap-silap,boleh terhenti degupan jantung yang lemah itu apabila terkena sentuhan ubat bius yang diberi...


Memang ada sesetengah sahabat kedoktoran yang berada di bidang lain seakan-akan tidak memahami tugas kami,sehingga kadang-kadang mendatangkan pertengkaran.....Bagi kami,nyawa pesakit perlu diutamakan....sejauh mana kepentingan pembedahan dibanding dengan risiko pembiusan perlu diambil kira....

Sebagai contoh....baru-baru ini Damai ditugaskan berada di bahagian pembedahan tulang...pembedahan pertama akan dijalankan pada seorang kanak-kanak berumur 8 tahun....Bila Damai 'check' kanak-kanak itu ternyata dia sedang demam beserta batuk dan sakit tekak....Ini meletakkan pesakit ini di zon bahaya jika pembedahan diteruskan kerana salur pernafasan kanak-kanak sangat sensitif dan boleh menjadi sempit secara tiba-tiba sahaja....ditambah dengan masalah kesihatan itu,risiko salur pernafasan sempit itu akan automatik jadi berganda....bila sempit,susah untuk oksigen masuk ke dalam badan,dan akibatnya pesakit boleh mendapat kecacatan otak.....maka,atas bantuan pakar,pembedahan itu terpaksa dibatalkan dan ditunda sehingga kanak-kanak itu benar-benar sihat.....


Damai bersyukur dapat ditempatkan di bahagian ini...Alhamdulillah,perjalanannya amat mudah...sampai-sampai sahaja di Hospital Teluk Intan,terus permohonan untuk menjadi doktor bius diterima oleh Tuan Pengarah Hospital....( dengar cerita sebelum itu,ada yang memohon tetapi kebanyakkannya gagal )....Mungkin tempat telah disediakan untuk Damai berkhidmat di bahagian ini....:)

~ Berazam untuk mengambil 'master' dalam masa setahun dua lagi...teman-teman pun menggalakkan....kata mereka,kalau sudah berkahwin,berat sikit nak ambil 'master'...jadi,baik ambil sekarang sementara masih 'single'.....huhu insyaAllah ~

Monday, January 16, 2012

yang tidak berbau itu malang..



Benar kata orang malang itu tidak berbau....kalau berbau pasti makan gaji buta lah doktor2 di hospital :)

Tetapi,sebagai manusia,Allah kurniakan :

- mata : untuk melihat ke sekeliling kita...
- telinga : untuk mendengar nasihat dan peringatan...

Dan yang paling penting,kita dianugerahkan akal untuk berfikir...dengan akal manusia dapat membezakan baik dan buruk....dapat mendekatkan diri dengan Pencipta...dan menjauhkan kita dari disamakan dengan haiwan....

Pernah terserempak dengan segerombolan lembu yang tiba2 melintas di tengah2 jalan?... kasihan lembu2 itu,tidak mampu berfikir padahnya melintas tanpa menoleh kiri kanan,tanpa tengok lampu isyarat....lebih kasihan lagi apabila kita sebagai manusia tidak mampu menggunakan akal dalam kehidupan seharian...sudah diajar dalam kelas memandu,yang merah itu berhenti,kuning itu bersedia dan hijau itu jalan....kenapa masih ada yang ingkar?...hmm mungkin dia menganggap dirinya cukup kebal untuk menghadapi apa2 musibah yang bakal berlaku....tak sayang nyawa namanya...

Namun apa yang terjadi yang sebenarnya semasa kejadian di atas berlaku hanya yang terlibat mengetahui....semoga jadi iktibar untuk kita...insyaAllah...

p/s : pernah berhadapan dengan pesakit yang jatuh bangunan,muka memang dah hancur dengan mata tersembol keluar...tetapi masih boleh berkata2 dengan Damai....ngeri memang ngeri,semoga dijauhkan dari musibah sedemikian...

~ thanks to cikgu Mohd Khalid Md Yusof for the idea ~

Kejadian anak cina ini yang paling tidak boleh Damai bayangkan betapa manusia langsung tidak menggunakan akal yang Allah bagi secara percuma....sedih :(

Saturday, January 14, 2012

Allah tarik satu....

Bila dia putuskan untuk pergi,siapalah aku untuk menghalang...Telah menjadi takdir bahawa antara kami memang tiada rezeki untuk bersatu...Aku redha dan berusaha mencari kekuatan untuk bangkit semula...

Hati pedih?...Seharusnya hati ini merasakan sakitnya...tiada ubat yang boleh ditelan untuk menyembuhkan luka ini...malahan kalau dimasukkan ke hospital juga aku pasti tiada intravenous drug yang mampu meredakan pendarahan hatiku..

Tetapi aku tau,ada satu jalan yang boleh menyelamatkan aku dari rasa derita ini...REDHA...itulah jawapan untuk setiap persoalan hati ini...jika aku memilih untuk redha,segala yang pahit pasti terasa manis...

Allahu Rabbi...aku telah leka kerana dia...aku hampir2 berputus asa dengan rahmat-Mu semata2 kerana dia yang fana....sungguh tidak adil aku sebagai hamba-Mu...ku mohon keampunan dari-Mu,Tuhan Pengampun segala....

Kini aku lebih tenang...telah boleh tersenyum sendiri mengenangkan betapa lemahnya aku sebagai manusia...Aku mengharapkan kekuatan dari-Mu Ya Allah....kerana hanya dengan kekuatan itu aku lebih cekal menghadapi hari2 yang di hadapanku...insyaAllah....

Semoga dia lebih bahagia bila aku tidak lagi di sisinya....ameen :)

Wednesday, January 11, 2012

nur kasih....


Lewat ini kurasakan
Kasih kian kudambakan
Resah hati yang kupendam
Pada taqdir dan harapan....

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Kumencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan.....

Nur kasih
Nur kasih...

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Melayarkan perjalanan
Dalam maya kesamaran.....

Nur kasih
Nur kasih....

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi....

Tuesday, January 10, 2012

kahwin paksa~




Tamat membaca M.A.I.D terasa seperti di awang2an :) Cukup ditegur banyak kali oleh adik2 sepupu yang perasan kakak saudaranya ini asyik tersenyum sendirian ketika menelaah novel oldskool itu.....

Baru nak menjejakkan kaki ke tanah nyata setelah terbang ke langit,tiba2 disarankan menonton series di TV3 - Vanila Coklat....Oh,kisah kahwin paksa,sama seperti M.A.I.D dan series Adamaya dulu....sekali lagi hati berbunga2 ceria dan bibir tak lekang dengan senyuman saat duduk tak berganjak di depan kaca tv setiap selasa malam jam 9....

Sejak dari dulu memang suka ceritera2 yang berkaitan dengan kahwin paksa....dan cinta berputik setelah dipaksa hidup bersama :)

~ mungkin kah cara bertemu jodohku nanti seperti manisnya perjalanan M.A.I.D dan serupa indahnya masjid yang dibina dalam Adamaya.....mudah2an,teruskan berdoa...insyaAllah..ameen :D

P/S : 'Suami yang Kubenci' pun best :P